Thursday, 29 September 2011

HAPPY BIRTHDAY SYED DANISH!!!!!

 Dia kehilangan ibunya selepas beberapa jam kelahirannya, sudah ketentuan Ilahi, Allah akan mengambil mereka yang terlalu baik lebih awal dari yang lain. Neneknya tidak membenarkan postmortem dijalankan. Jika sudah ajal dan kehendaknya, maka neneknya  redha dengan pemergian anak tunggalnya itu..kini neneknya hidup berseorangan...


Syed Danish,
Kali pertama Cik Hana melawatmu, kamu baru berusia sebulan...Hari itu ayahmu membuat keputusan untuk berpindah dan tinggal bersama nekma kamu..Ayah kamu tidak sampai hati membiarkan Ibu mertuanya yang tinggal sebatang kara itu hidup bersendirian... itulah kali pertama Cik Hana memangku, menyentuh dan cuba menyelami perasaan seorang bayi yang hanya sempat menyusu ibunya cuma sekali...


Nekma yang tabah bercerita tentang detik kelahiran kamu dengan terperinci, dengan senyuman menelan segala keperitan kerana kehilangan anak tunggalnya, si nenek bercerita tentang tingkahlaku aneh ibumu ketika mengandung, seolah-olah memberi isyarat bahawa dia akan pergi selamanya..ayahmu menyatakan bahawa dia menyedari segalanya sedari awal lagi. sebab itulah ayahmu kelihatan tabah di malam pengebumian ibumu..






Nekma dan ayahmu mengadakan majlis cukur jambul yang meriah sekali untuk kamu. Cik Hana sempat menghadirinya...

Kali terakhir Cik Hana dan Uncle bob melawat kamu,kamu baru berusia 4 bulan... kamu sunggu comel dan semangat sekali. Ketika kami sampai di pintu rumah kamu, kedengaran suara nekma kamu sedang membaca yasin dalam esak tangisan..Dia begitu rindukan ibumu...Acik rasa agak bersalah kerana pergi menjengah diwaktu yang kurang sesuai...sejak itu, acik dan uncle Bob teragak-agak untuk mencari waktu yang sesuai untuk menziarahi kamu...

Sedar x sedar semalam genaplah usiamu setahun...genap setahun jugalah ibumu pergi meninggalkan kita...sudah lama Acik teringin melawat kamu, tetapi kesibukan harian menjadi penghalangnya...

Syed Danish sayang...
Selamat hari lahir yang pertama, jadilah permata hati buat ayah dan Nekma mu..semoga kamu terus sihat dan mendapat barakah....