Thursday, 25 August 2011

Meeting The Dentist

Saya memang penakut nak jumpa dentist...sudah hampir 17 tahun saya tak buat pemeriksaan gigi..kali terakhir membuat rawatan orthodentic pada tahun 1993. ketika itu saya di tahun 5.Itupun terPAKSA  rela sebab DOCTOR DATANG KE SEKOLAH..Masih terngiang2 suara adik saya yang hanya muda setahun dari saya mengadu pada ayah perihal saya menangis di sekolah ketika dipanggil oleh nurse untuk membuat rawatan gigi..saya x tau macam mana saya dapat mengelakkan diri dari berjumpa dgn dentist semasa di sekolah menengah...

kali ini saya terpaksa pergi berjumpa sendiri dengan dentist..tiada sesiapa yang paksa KECUALI ENCIK HUBBY, saya sendiri yang nak pergi..sebab...SAYA DAH X TAHAN NAK TANGGUNG RASA SAKIT KEPALA BERDENYUT2 SETIAP MALAM HINGGA KE PAGI.Sepicing pun saya x boleh lelap.

Ini bukan kali pertama...tahun2 sebelum ni pun pernah sakit jugak..tapi gigi sebelah bawah..dan x melibatkan sakit kepala...maka saya dapat bertahan dengan makan ponstan dan tidak perlu mengadap encik dentist...tapi kali ini dah x boleh tahan lagi...Gigi geraham kiri sebelah atas dah berdenyut2..pada awal mac sakitnya cuma sebulan sekali...menjelang penghujung mei hampir seminggu sekali...dan menjelang minggu kedua ogos sudah menjadi hampir setiap malam.

sudah banyak Pain killer yang saya telan..badan ni dah imune dengan ponstan..maka saya berubah cara ke ubat herba HURIX..kelmarin ubat sakit gigi dan kepala tu pun dah x berkesan lagi...maka saya terpaksa juga berjumpa Dentist...

Malam tadi selepas majlis berbuka puasa dan solat hajat untuk murid tahun 6, saya minta en Hubby bawa saya ke Klinik gigi..saya rasa terlalu letih sbb dah berhari2 x dapat bangun sahur kerana sakit gigi.Bila ada program sampai malam saya hampir lesu, walaupun setelah berbuka, kerana saya x dapat makan dengan betul (takut gigi sakit lagi).

En Hubby Bertanya, kenapa nak pergi Klinik dekat melawati? Dekat rumah kita pun ada 3 klinik gigi, nih dekat Sg Besi pun mesti ada klinik gigi...saya jawab, dah malam...belum tentu klinik tu bukak. (sebenarnya sbb saya pernah Dengar orang cakap Klinik Dr Nooriah tu dentist dia mmg bagus dan berlembut...)

Setelah mendaftar nama, staff di klinik itu terus meletakkan tanda "PENDAFTARAN DI TUTUP".  saya bernasib baik sbb jadik last patient. Malam ni ramai sungguh ibu mengandung yang buat rawatan, agaknya memang semua ibu mengandung perlukan rawatan orthodontic ke?

Bila nama di panggil menggeletar la jugak nak masuk ...Tetapi sebaik sahaja saya membuka pintu saya terus di sapa dengan ramah, Assalamualaikum... Saya Dr Siti, Jemput duduk... jom kita tgk ada "kita" ada masalah apa. Debaran terus hilang mendengar sapaan yang ramah itu. saya terus bertukar karakter menjadi seorang yang profesional untuk membuat consultation...hehehe.

setelah di "check" gigi saya mmg ada banyak masalah.
1) gigi bongsu (WISDOM TOOTH) rahang atas sebelah kiri dah tumbuh di atas saraf gigi geraham paling hujung...(sbb tu sakit) perlu di cabut segera
2) Gigi geraham paling hujung sudah terserpih di bahagian tepi,berlubang dah dalam..perlu buat root canal treatment (Kos RM 600 untuk 3 X visit) - buat lps raya.
3)Gigi taring sebelah kanan bawah  dah tinggal tunggul. perlu buat Root canal Treatment dan Crowning - kos DR cakap boleh bincang kemudian( sbb buat lambat2 pun x pe..gigi nih dah mati, dah x sakit)
4) gigi geraham akhir perlu di tampal semula..kesan tampalan 17 thn lalu x boleh bertahan lagi,kalau gigi bongsu naik sebelah dia akan jadi kes macam no 1) dan 2) .


dan lain2 lubang kecil yang perlu di tampal...ada 6 tempat semuanya.....yang ini x sakit..cuma untuk precaution supaya gigi dah  x berlubang besar dan sakit di masa hadapan.

Dr jugak nasihatkan saya untuk cabut lagi 3 Wisdoon teeth kalau dah tumbuh properly nnt..( Hah?? X abis naik lagi ker WISDOM TEETH tu? ingatkan dah naik abis. dah la setiap kali naik mesti demam..huhuhu)

 So 2 hari lagi saya akan bermula dengan rawatan yang pertama...Kos cabut gigi RM 80 shj..

Kesimpulannya..X sakit pun jumpa Dentsist...yang takut sangat tuh naper tatau. 


Hana Ahmad

Saturday, 13 August 2011

My 1st Ever


Saya memang rajin, membuka, membaca, menelek, meninggalkan komen blog orang. Bila dah rajin menjelajah dari blog orang ke blog  maka terdetiklah di hati nak buat blog sendiri...tapi bila dah create sendiri x tau plak nak tulis apa...maka terpost la entry yang  mengarut yang x seberapa ini..heheh..This is my 1st time ever writing for public view..